Wednesday, February 25, 2009


BURHANUDIN Tibek (kiri) menyerahkan cek RM500,000 kepada Asiah Md. Arif di Wisma JKKK Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 24 Feb. - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menghulurkan sumbangan RM500,000 bagi membina masjid baru menggantikan masjid lama di Felda Air Tawar 2 yang sudah berusia 35 tahun di sini semalam. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIJ, Burhanudin Tibek berkata, sumbangan itu bagi membantu membina masjid baru yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM1.7 juta. "Pembinaaan masjid baru yang akan bermula pertengahan Mac ini dan dijangka siap dalam masa 18 bulan. ''Apabila siap, ia mampu menampung antara 900 hingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek sumbangan untuk pembinaan masjid baru Kampung Felda Air Tawar 2 di sini.

Pada majlis tersebut, Burhanudin menyerahkan cek sumbangan tersebut kepada Jawatankuasa Pembinaan Semula Masjid Air Tawar 2. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Arif; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Rasman Ithnain; Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Sheikh Abd. Hadi Sheikh Omar dan Ketua Kampung Felda Air Tawar 2, Sharon Ab. Rahman. Burhanudin berkata, sumbangan itu merupakan sumbangan orang ramai seluruh negeri melalui Tabung Pembangunan Masjid (TBM). "Tetapi kadarnya tidak menentu mengikut kesesuaian dan kemampuan kewangan atau dana yang terkumpul di tabung ini," katanya. Menurut Burhanudin, sejak TBM diwujudkan sejak enam tahun lalu ia berjaya memungut dana lebih kurang RM7.9 juta.

Sementara itu, Asiah berkata, beliau sedar tentang keperluan penduduk kampung untuk mempunyai masjid baru yang selesa. Justeru, beliau berharap sesiapa yang berhajat menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan terus kepada akaun Bank Islam nombor 01069010011979 atas nama Jawatankuasa Pembinaan Semula Masjid Air Tawar 2 atau dengan menghubungi Pengerusi JKKK, Sharon. Abd Rahman di 07-8931893 atau 013-7504476. Rasman Ithnain yang juga Ketua UMNO cawangan Felda Air Tawar 2, berkata, masjid baru itu nanti akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung. "Para jemaah tidak perlu lagi mendirikan sembahyang Jumaat di luar masjid atau di atas tanah seperti sekarang," katanya.

fadzli_hsn@yahoo.com

Saturday, February 21, 2009

Berita Harian, 21 Februari 2009


ASIAH, Rasman dan ahli Kelab Rakan Muda Kota Tinggi menurunkan tanda tangan sokongan kepada rakyat Gaza.

KOTA TINGGI: Seramai 60 ahli Persatuan Belia Mutiara Felda Air Tawar 3 dan Kelab Rakan Muda Kota Tinggi menjayakan Kempen Mengumpul Tandatangan dan Bantuan Untuk Belia, Remaja dan Kanak-kanak Palestin sebagai tanda simpati terhadap nasib penduduk Gaza.

Program di Wisma Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Air Tawar 3 itu turut diisi aktiviti lawatan dan menghulurkan sumbangan kepada 15 ahli keluarga kurang bernasib baik dalam tanah rancangan itu.

Pengerusi Persatuan Belia Mutiara, Mohd Faizal Lakimon, berkata 15 keluarga yang menerima sumbangan terdiri daripada golongan kurang upaya, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang mengalami penyakit kronik.

Beliau berkata, aktiviti itu sebahagian daripada pengisian aktiviti program Kempen Sokongan Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda Untuk Belia, Remaja dan Kanak-kanak Palestin.

“Semua tanda tangan akan diserah untuk dicantumkan pada kain rentang dari setiap kawasan Parlimen seluruh negara. Sebagai belia, kami turut simpati dan prihatin terhadap nasib rakyat Gaza, terutama belia, remaja dan kanak-kanak.

“Matlamat kami semata-mata untuk menunjukkan sokongan berterusan terhadap usaha kerajaan dan dunia Islam membantu rakyat Palestin,” katanya.

Mengenai sumbangan kepada penduduk kurang bernasib baik, beliau berkata, objektif utama program itu lebih kepada menjadikan belia sebagai golongan yang rela berbakti kepada masyarakat.

Program sehari itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian dan Warisan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Lama, Asiah Md Ariff.

Hadir sama, Adun Sedili yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian, Rasman Ithnain.

Sementara itu, Asiah berkata, tanda sokongan dan prihatin golongan belia untuk membantu rakyat Palestin wajar dipuji dan dialu-alukan.

“Inisiatif belia mengumpul tanda tangan ini bukan mudah dan mesti disokong. Apabila tanda tangan dari semua 222 Parlimen seluruh negara digabungkan, saya yakin ia akan memberi gambaran positif terhadap belia negara ini,” katanya.


fadzli_hsn@yahoo.com

Sunday, February 15, 2009






AHAD, 15 FEBRUARI 2009 JAM 11.30 PAGI
BERTEMPAT DI WISMA JKKK FELDA AIR TAWAR 3






RABU, 11 FEBRUARI 2009 JAM 9.00 PAGI
BERTEMPAT DI WISMA JKKK FELDA AIR TAWAR 2


Keadilan dan kes Saiful

Ketika negara diwarnai banyak isu politik, kita seakan terlepas perhatian kepada banyak hal dan isu lain. Salah satu daripadanya ialah kes perbicaraan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan pertuduhan, Anwar, 61, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000.

Awang terpanggil menyentuh hal ini berikutan kenyataan Mohd. Saiful baru-baru ini, yang kesal dan kecewa dengan sikap Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan. Menurut beliau, Anwar sering memberi pelbagai alasan sehingga memberi kesan terhadap kes tersebut.

Kenyataan Mohd. Saiful itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding yang sepatutnya didengar 5 Februari lalu kepada 25 Februari. Keputusan itu diambil selepas peguam bela Anwar mengemukakan notis bantahan supaya Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes itu.

Anwar juga tidak hadir di mahkamah kerana dikatakan mempunyai urusan lain di Ipoh, Perak.

Awang tidak berhak dan tidak berminat campur tangan urusan mahkamah. Namun memandangkan kes tersebut menjadi perhatian umum, semua pihak harus lebih komited untuk menyegerakan perbicaraan sebenar kes tersebut.

Sejak aduan polis dibuat pada Jun dan diikuti Anwar dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos, tahun lalu, sehingga kini hampir tiada perkembangan yang signifikan kepada kes itu yang masih berlegar kepada isu permohonan semakan dan notis bantahan.

Jika begini keadaannya, mungkinkah perbicaraan sebenar akan bermula tahun depan dan ia sesuatu yang tidak mustahil tetapi Awang berharap tidak. Lagi lama kes ditangguhkan, lagi lama keadilan tidak dapat dilaksanakan terutama bagi pihak yang mahu menuntut keadilan.

Perlu diingat, ini bukan soal keadilan untuk Anwar semata-mata, ia juga keadilan untuk Mohd. Saiful, rakyat kecil yang juga ada hak berikutan aduan polis yang dibuatnya. Malah Mohd. Saiful telah tampil membuat sumpah laknat atau mubahalah di masjid mengikut ke hendak syarak. Itupun ada pihak yang cuba mencetuskan keraguan dan memperlekehkannya termasuk dari kalangan pemimpin Islam disebabkan sentimen politik. Anehnya, mereka ini lebih mudah percaya kepada individu yang membuat sumpah berkanun. Dalam kes Mohd. Saiful dan Anwar ini, masing-masing mendakwa di pihak yang benar. Maka usahlah gundah untuk diadili demi mencari kebenaran.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Monday, February 9, 2009


PDF Print E-mail

Kita sudah sedia maklum akan pandangan Mufti Perak Dato Harrussani Zakaria mengenai kemelut politik Perak, dimana beliau melabelkan DERHAKA kepada sesiapa yang melawan TITAH Sultan selagi ia tidak bercanggah dengan SYARAK.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri juga sempat menukilkan sedikit sebanyak pandangan beliau terhadap kemelut politik di Perak walaupun beliau kini jauh di PERANTAUAN.

Berikut adalah pandangan beliau:

Banyak sekali email isu pergelutan kuasa politik di Perak dihantar kepada saya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yang mencukupi kerana barangkali maklumat yang meyakinkan saya belum mantap. Saya pada prinsipnya tidak dapat menerima perangai ‘lompat parti' kerana itu adalah sikap yang tidak telus dan jujur terhadap undi rakyat. Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, sepatutnya meletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah tersebut kepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Cuma ada beberapa perkara yang berlegar dalam fikiran saya tentang keadaan Perak;

BEBERAPA penyokong pembangkang bertindak nekad berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera menghalang kereta peronda polis yang mengiringi kenderaan Raja Muda Perak di belakang berhampiran Istana Iskandariah, Perak, semalam.

1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?

Ulasan saya:

Kena sebiji pada Anwar dan pemimpim PR. Jika Anwar nak bawa MP BN lompat Parti Boleh, tapi jika BN salah. Adun Bota masuk PKR tak salah tapi Adun PR masuk BN HARAM.


2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama' Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.

Ulasan saya: Jika dulu Dato Harussani menyokong PR beliau dipuja tetapi jika beliau bersikap berlawanan dengan pemimpin PAS beliau dikeji.


3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP'. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam' di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?

Ulasan saya:JIka benar dakwaan bahawa Nizar hanyalah BONEKA DAP maka keputusan BN diterajui DSNR membawa balik Perak ke pangkuan UMNO merupakan suatu tindakan yang mulia demi agama ,bangsa dan negeri Perak sendiri.


4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.

Ulasan saya: apakah kita boleh percaya PR yang ketuai oleh Anwar yang berkawan rapat dengan Yahudi yang menzalimi Muslimin dan Muslimah di serata Dunia?Siapa Madeline Albright dan siapa Wolfhensen yang sangar akrab dengan Anwar? Mereka adalah Yahudi yang memainkan peranan penting menzalimi kaum Muslim diserata dunia.







Isnin. 09 Februari 2009 jam 2.00 petang
di Masjid Jamek Kota Tinggi


Saturday, January 31, 2009

ROLL CALL SIRI 1

MENGENANG KEMBALI MEMORI SILAM

JUMAAT, 23 JANUARI 2009
BERTEMPAT DI WISMA JKKK FELDA AIR TAWAR 2









Thursday, January 29, 2009

Lagu Warisan

Lagu Warisan adalah lagu pembakar semangat Melayu yang biasa dinyanyikan oleh Pengakap dan mahasiswa . Saya pula kali terakhir menyanyikan lagu ini ialah tiap kali kuliah bermula di semasa kursus BTN.

Lagu ni macam lagu pencucuk semangat supaya peserta kursus BTN, supaya menyintai bangsa Melayu walau pun sebenarnya benda-benda di bawah berlaku sebelum PRU ke 12 lagi. Lagu ini ditimbulkan oleh rakan group saya setelah kemenangan Pakatan Rakyat semasa pilihanraya di kuala Trengganu kononnya Melayu semakin "melayu"...

Sebenarnya konsep keMelayuan adalah konsep yang UMNO manakala PAS pula lebih memperjuangkan Islam tak kira Melayu,Cina,India dan sebagainya. Malah PAS pernah mengatakan Perdana Menteri boleh selain berbangsa Melayu jika dia Islam.

Ini dia lirik Lagu Warisan...

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

>>Memang dah jadi realiti dari dulu lagi. Lihatlah tanah yang mahal-mahal telah menjadi milik bangsa lain selain bangsa Melayu. Contoh terbaik ialah Penang. Benda ni terjadi sebelum zaman Lim Guan Eng lagi...

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

>> UMNO VS PAS & PKR . Sebenarnya Melayu sudah perpecah kepada dua kerana PAS dan PKR telah bergabung di Pakatan Rakyat.

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri

>>Dah jadi realiti dulu lagi dah

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

>>Salah pemimpin tak kira dari parti mana pun jika salah guna kuasa

kini kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah
janganlah terlalai
teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara...

So Melayu janganlah bergaduh sesama sendiri yang untung ialah orang lain.. Marilah kita bersatu dan dalah khutbah tiap-tiap Jumaat, penat Pak Imam bacakan:

"Jika kita berbantah-bantah, kembalilah kepada ajaran Al-Quran"

So...kita kena fikirlah sendiri ya..

Saturday, January 24, 2009

TARIKH : 23 JANUARI 2009
HARI : JUMAAT
MASA : 2.00 PTG
TEMPAT : PERKARANGAN MASJID AIR TAWAR 2

Wednesday, September 3, 2008

PERISTIWA PENTING

Januari 1946 
Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah. 

3 Januari 1946 
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. 

4 Mac 1946 
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini disertai oleh 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Kongres Melayu memutuskan untuk menubuhkan satu badan bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union. 

29 dan 30 Mac 1946 
Kongres Melayu mengambil keputusan memulau istiadat penubuhan Malayan Union. 

1 April 1946 
Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. Hak-hak orang Melayu diketepikan. 

11 dan 12 Mei 1946 
Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Dalam Kongres ini Piagam UMNO telah diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO). Dato’ Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang DiPertua. 

29 dan 30 Jun 1946 
Mesyuarat Agung UMNO pertama diadakan di Ipoh, telah melantik Datuk Haji Abdul Wahab (Panglima Bukit Gantang) sebagai Setiausaha Agung dan menetapkan corak bendera UMNO. 

27 dan 28 Julai 1946 
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang telah mengadakan istiadat mengibar bendera UMNO. 

10-12 Januari 1947 
Mesyuarat Agung UMNO di Alor Setar, Kedah membincangkan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan contoh perjanjian negeri-negeri Melayu telah disusun oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotaiseramai 12 orang. 

11- 13 Mei 1947 
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kota Bharu, Kelantan berdebat mengenai perlunya parti menubuhkan cawangan di seluruh negara dan tidak hanya sebagai gabungan persatuan-persatuan Melayu sahaja. Dato’ Haji Abdul Wahab meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan digantikan oleh Encik Zainal Abidin bin Abas. 

2 – 4 September 1947 
Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Johor Bahru mengadakan ketetapan mewujudkan derma pelajaran kepada anak-anak Melayu. 

21 Januari 1948 
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di King’s House, Kuala Lumpur. 

1 Februari 1948 
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya pemerintahan Malayan Union. 

28 dan 29 Mei 1949 
Persidangan Majlis Agung UMNO di Balai Rong, Arau, Perlis telah memutuskan satu perlembagaan baru membolehkan orang perseorangan mendaftar terus dan UMNO tidak lagi terdiri daripada pertubuhan yang bergabung dan sebagainya. Dengan itu juga, struktur pentadbiran UMNO berubah menjadikannya empat peringkat iaitu Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan. Terdapat tiga pertubuhan yang tidak bersetuju dengan perubahan untuk menjadi Ahli Bergabung dengan UMNO. 

25 Ogos 1949
Perhimpunan Agung Kaum Ibu UMNO diadakan di Butterworth, satu badan yang dikenali sebagai ‘Badan Ahli-ahli Perempuan UMNO’ telah diwujudkan dan Cik Putih Mariah Ibrahim Rashid telah dipilih sebagai Ketua. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, nama badan tersebut ditukar kepada Pergerakan Wanita. 

26 Ogos 1949 
Persidangan Agung wakil-wakil Pemuda di Butterworth telah melantik Kapten Hussein Onn sebagai Ketua/Setiausaha Hal Ehwal Pemuda dan Dato’ Onn Jaafar sebagai Penasihat. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1955, ia di namakan Pergerakan Pemuda. Keputusan untuk menubuhkan sebuah Pergerakan Pemuda sebenarnya telah ditetapkan di dalam Undang-undang tubuh UMNO yang diluluskan pada 29 Mei 1946. 

20 Februari 1950 
UMNO menganjurkan perjumpaan alim ulama Se-Malaya di Muar, Johor bagi memperjuangkan soal-soal keagamaan yang akan dibuat melalui UMNO. 

11 Jun 1950 
Cadangan Kerakyatan Communities Liaison Committee (CLC) diterima. Persidangan yang berlangsung di Kuala Lumpur ini telah menyaksikan ucapan-ucapan hangat, kecaman dan tuduhan berat terhadap Dato’ Onn bin Jaafar berkenaan isu kerakyatan cadangan CLC. Bagamaimanapun cadangan kerakyatan diterima dengan pindaan berikut: Menambah syarat-syarat kelahiran ibu/bapa bagi anak-anak yang dilahirkan di Negeri-negeri Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu. Mereka yang tidak lahir di sini boleh memohon tetapi jika ada bukti telah menetap di sini dalam tempoh yang tertentu tanpa putus-putus dan sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Raja Melayu. 

12 Jun 1950 
Dato Onn yang kecewa dengan sikap ahli-ahli UMNO terhadapnya telah meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua pada hari kedua Persidangan. 

20 Julai 1950 
Satu rombongan dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian UMNO dan penduduk kampung telah berarak ke rumah Dato' Onn di Johor Bahru untuk memujuk beliau menyertai semula UMNO. Beliau bersetuju memimpin UMNO semula dengan syarat beliau tidak dikecam lagi. 

27-29 Ogos 1950 
Pada Persidangan tahun ke-5, Dato’ Onn bin Jaafar telah diberi sambutan yang meriah dan beliau memegang semula jawatan Yang DiPertua. September 1950 Cadangan UMNO mengenai Rakyat diluluskan dan dihantar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-negeri Melayu. Ia telah menjadi asas kepada Undang-undang Kerakyatan 1951. 

4 Februari 1951 
Seorang wakil dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah mencadangkan agar slogan ‘Hidup Melayu’ ditukarkan kepada ‘Merdeka’, sewaktu Persidangan Agung UMNO di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak diadakan. 

23 dan 25 Mac 1951 
Persidangan Agung UMNO Setengah Tahun diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur telah meluluskan slogan ‘Merdeka’ sebagai seruan rasmi UMNO. 

Jun 1951 
Pada November 1950, Dato’ Onn bin Jaafar membuat cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization. Beliau mahukan orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat ‘Malayan’. Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin ‘meMalayankan’ Tanah Melayu. Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun UMNO tidak dapat menerima idea Dato’ Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu. 

25 dan 26 Ogos 1951 
Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Dato’ Onn bin Jaafar mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra Al–Haj dipujuk untuk bertanding jawatan Yang DiPertua oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO mengalahkan Haji Ahmad Fuad, manakala Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua. 

8 Januari 1952 
UMNO Bahagian Kuala Lumpur telah mencapai kata sepakat dengan MCA Selangor bagi menghadapi pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. 

23 Ogos 1953 
Perikatan UMNO-MCA menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan bagi membincang langkah-langkah mencapai kemerdekaan dan bersetuju menubuhkan Perikatan. 

1 Februari 1954 
Penyata Pilihan Raya telah diumumkan oleh kerajaan dan menerima bantahan kerana tidak bersetuju dengan jumlah kerusi dan tarikh pilihanraya. Gerakan menentang kertas putih laporan pilihanraya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO-MCA. Maka Presiden MIC, K.L. Devaser telah mengadakan satu siding khas bagi mengetahui pendirian ahli-ahli partinya. Hasilnya majoriti ahli MIC menyokong penyertaan dalam Perikatan. Pada April 1955, setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA-MIC diterima dengan rasminya sebagai parti rakan dalam Perikatan. Perikatan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan usaha menuntut kemerdekaan lebih lancar. 

27 Julai 1955 
Pilihan Raya Persekutuan diadakan, sebanyak 52 kerusi dipertandingkan dan Perikatan memenangi 51 kerusi. 

31 Julai 1955
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Yang DiPertua UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan peralihan setelah Perikatan memenangi Pilihanraya Persekutuan. Pembukaan rasmi Rumah UMNO di Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman) Kuala Lumpur oleh Sultan Hishamuddin, Sultan Selangor Darul Ehsan. 

26 dan 27 Disember 1955 
Dalam Persidangan Agung UMNO, Usul Pergerakan Pemuda mahukan tarikh kemerdekaan Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan. Sebelum itu Tun Sardon telah ke Pulau Pinang menemui Haji Ahmad Badawi di rumahnya di Kepala Batas. Turut berada di situ ialah Haji Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi) yang merupakan seorang ahli falak, dan beliau telah melihat ramalan dari ilmu falak bahawa kemerdekaan negara tidak boleh dilewatkan bagi mengelakkan pelbagai angkara dari berlaku dan memberi tarikh tersebut sebagai tarikh Kemerdekaan. 

1 Januari 1956 
Tunku Abdul Rahman Putra Al–Haj, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein, Tun Dr. Ismail Dato’ Abdul Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Tun H.S. Lee, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan. 

31 Ogos 1957 
Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri manakala Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

19 Ogos 1959 
Pilihanraya Umum yang pertama selepas Merdeka bagi merebut 104 kerusi Dewan Rakyat. UMNO memenangi 51 daripada 69 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Luar Bandar. 

27 Mei 1961 
Tunku Abdul Rahman Putra menyuarakan gagasan Malaysia dalam satu majlis anjuran Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura. 

4 November 1961 
Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Perbandaran Kuala Lumpur. Persidangan ini mengambil ketetapan menyokong cadangan penubuhan Malaysia. 

21 Jun 1962 
Laporan Suruhjaya Cobbold menunjukkan rakyat negeri Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia. 

23-25 Jun 1962 
Konvensyen Pergerakan Permuda UMNO diadakan bagi menyatukan tenaga Pemuda dalam memelihara masa depan negara. 

25 April 1964 
Pilihanraya Umum bagi kerusi Parlimen dan Negeri serentak di Semenanjung kali kedua diadakan. Dalam pilihanraya ini UMNO memenangi 59 kerusi daripada 69 kerusi yang dipertandingkan. 

20 Mei 1964 
Majlis Kerja Tertinggi UMNO membincangkan soal mengembangkan UMNO ke Sabah dan Sarawak. 

2 Mac 1965 
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan susunan pentadbiran Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO diselaraskan dengan pentadbiran UMNO Malaysia. 

10 Mei 1969 
Pilihan Raya Umum kali ketiga diadakan. UMNO memenangi 51 kerusi daripada 67 kerusi yang dipertandingkan dan dalam pilihanraya ini Perikatan mengalami kemerosotan kerusi. 

13 Mei 1969 
Peristiwa pergaduhan kaum di Kuala Lumpur membawa kepada penubuhan kerajaan darurat (MAGERAN) bagi mengamankan keadaan. 

22 September 1970 
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussein sebagai Perdana Menteri yang baru. 

23 dan 24 Januari 1971 
Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO di Merlin Hotel, Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengundur diri sebagai Yang DiPertua UMNO dan Tun Haji Abdul Razak Dato’ Hussein telah dipilih sebagai Yang DiPertua UMNO yang baru. 

Februari 1971 
Parlimen dipulihkan dan pemerintahan MAGERAN tamat. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru serentak dengan Rancangan Malaysia ke-2 diadakan di Dewan Rakyat. Pindaan Perlembagaan Negara yang melarang perbincangan hak-hak kaum diluluskan. 

11 Mei 1971 
Perayaan 25 tahun UMNO disambut secara besar-besaran di Kuala Lumpur. 

1 Januari 1973 
Penubuhan rasmi kerajaan Perikatan-PAS di peringkat Negeri dan Pusat. 

2 Ogos 1973 
Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Timbalan Presiden UMNO telah meninggal dunia dan Tun Hussein Onn memangku jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. 

13 Ogos 1973 
Rombakan kecil kabinet berikutan dengan kematian Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Ghazali Shafie sebagai Menteri Dalam Negeri. 

17 Januari 1974 
Perjumpaan antara beberapa buah parti dalam kerajaan campuran bagi membincangkan pelaksanaan konsep ‘Barisan Nasional’. 

1 Jun 1974 
Barisan Nasional didaftarkan secara rasminya. 

23 Ogos 1974 
Pilihan Rraya umum ke-4. Barisan Nasional memenangi 135 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan calon UMNO memenangi semua kerusi yang diperuntukkan iaitu sebanyak 61 kerusi. 

30 November 1975 
Sidang Khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memberi kepercayaan kepada Dato’ Harun Idris selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. 

14 Januari 1976 
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein meninggal dunia di London kerana penyakit leukemia dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Hussein Onn mengantikanbeliau sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO. 

5 Mac 1976 
Pembentukan kabinet baru Tun Hussein Onn. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

17 Disember 1977 
PAS terpecat dengan sendirinya dari Barisan Nasional kerana enggan menyokong Rang Undang-undang bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan. 

8 Julai 1978 
Pilihanraya umum yang ke-5. UMNO memenangi 69 kerusi daripada 74 kerusi yang dipertandingkan. 

11 Mac 1978 
Pilihanraya Negeri Kelantan diadakan setelah pemerintahan darurat ditamatkan. Barisan Nasional berjaya menamatkan pemerintahan PAS yang berkuasa sejak 1959. 

15 September 1978 
Perhimpunan Agung UMNO di Hotel Hilton, Kuala Lumpur telah memilih Tun Hussein Onn sebagai Presiden UMNO dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Presiden. 

30 Mei hingga 1 Jun 1980 
Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran UMNO diadakan di Kuala Lumpur bagi merumuskan langkah-langkah menambahkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan perdagangan. 

15 Mei 1981 
Tun Hussein Onn mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO. 

Jun 1981 
Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Hotel Hilton dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding dan Dato’ Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah. 

22 April 1982 
Dalam Pilihan Raya Umum yang ke-6, Barisan Nasional telah menang besar dengan memperoleh 132 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 70 kerusi daripada 75 kerusi yang dipertandingkan. 

9 September 1982 
Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menewaskan Dato’ Haji Suhaimi Kamaruddin dengan kelebihan 10 undi, bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO. 

25 Januari 1984 
Majlis Tertinggi UMNO bersetuju USNO dipecat daripada Barisan Nasional kerana menentang tindakan menjadikan Labuan sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan. 

26 September 1985 
Perasmian Kompleks Bangunan UMNO yang dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra, di Jalan Tun Ismail oleh Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. 

29 Februari 1986 
Dato’ Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. 

29 Februari 1986 
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO membincangkan perletakan jawatan Dato’ Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Keputusan mesyuarat bersetuju memujuk Dato’ Musa Hitam agar kekal di jawatan Timbalan Presiden UMNO. 

7 Mei 1986 
YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan Dato’ Musa Hitam. 

3 Ogos 1986 
Pilihan Raya Umum yang ke-7, peringkat kebangsaan dan negeri-negeri (Semenanjung). Barisan Nasional memenangi 148 daripada 177 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO memenangi 83 kerusi daripada 86 kerusi yang diperuntukkan. 

24 April 1987 
Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 1987, di mana Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi bagi jawatan Presiden. YAB Encik Ghaffar Baba pula menewaskan Dato’ Musa Hitam dengan majoriti 40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden. 

25 Julai 1987 
Kumpulan 12 ahli UMNO (kemudian seorang menarik diri) mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi supaya mengisytiharkan pemilihan UMNO pada 24 April 1982 batal dan tidak sah. 

4 Februari 1988 
Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan tidak sah kerana menerima wakil dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian sehingga membawa kepada pengharaman UMNO. 

13 Februari 1988 
Permohonan bagi mendaftarkan UMNO (Baru) dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 

16 Februari 1988 
UMNO secara rasmi diterima untuk menganggotai semula Barisan Nasional. 

28 Januari 1989 
Pilihan Raya kecil bagi kawasan Parlimen Ampang Jaya, calon BN dari MCA, Ong Tee Kiat menewaskan calon Semangat 46 iaitu Dato’ Harun Idris. 

29 Mei 1990 
Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn meninggal dunia di San Francisco kerana sakit jantung dan jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur. 

21 Oktober 1990 
Pilihan Raya Umum yang ke 8, diadakan dan Barisan Nasional memenangi 127 kerusi daripada 180 kerusi yang dipertandingkan. UMNO memenangi 71 daripada 86 kerusi yang diperuntukkan. 

6 Disember 1990 
Perdana Menteri yang pertama dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazahnya dikebumikan di Makam DiRaja Alor Setar, Kedah. 

21 Februari 1991 
Presiden UMNO , Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan UMNO Sabah dan YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang pertama. 

15 Oktober 1993 
YAB Encik Ghaffar Baba meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

4 November 1993 
Perhimpunan Agung UMNO 1993, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO, kemudian pada 1 Disember 1993 dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. April 1995 Pilihanraya Umum yang ke-9, UMNO memenangi 89 kerusi Parlimen daripada 102 kerusi yang dipertandingkan. 

5 September 1997 
Perhimpunan Agung Khas UMNO telah mencadangkan agar perkataan ‘Baru’ pada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) dimansuhkan. Dengan itu nama yang diguna pakai ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. 

2 September 1998 
Mesyuarat Majlis Tertinggi telah memecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah guna kuasa dan perlakuan sumbang oleh mahkamah. 

2 Januari 1999 
Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

November 1999 
Pilihan raya Umum yang ke-10, UMNO memenangi 72 kerusi Parlimen daripada 104 kerusi yang dipertandingkan. 

11 Mei 2000 
Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO. 

Oktober 2000 
Majlis Tertinggi UMNO bersetuju menubuhkan Lembaga Disiplin UMNO yang dianggotai oleh ahli-ahli yang tidak mempunyai kepentingan tertentu dalam politik. 

12 Januari 2001 
Tokoh veteran UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baru ditubuhkan. 

8 Februari 2001 
Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS mencadangkan tarikh 19 Februari 2001 sebagai tarikh pertemuan kedua-dua parti tersebut. Dalam pertemuan ini, setiap parti akan diwakili oleh enam orang ahli yang diketuai oleh Presiden parti. 

16 Februari 2001
Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS bermesyuarat. PAS mengenakan tiga tuntutan untuk merialisasikan pertemuan ini iaitu: i - mengembalikan royalti minyak (wang ihsan) Kerajaan Terengganu yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. ii - membenarkan penerbitan akhbar rasmi parti Harakah dua kali seminggu dan menolak cadangan UMNO untuk membuang perkataan ‘Islam’ dalam parti politik. Bagi pihak UMNO, pertemuan UMNO-PAS tersebut hanya tertumpu kepada kepentingan orang Melayu yang terbahagi kepada empat agenda seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu: i - Hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan ii - Agama Islam sebagai agama rasmi, dan; iii - Status Raja-raja Melayu Pertemuan UMNO-PAS gagal dilaksanakan pada tarikh yang dicadangkan dan ditangguhkan. 

30 Mac 2001 
Azalina Dato’ Othman Said dilantik sebagai Ketua Penaja Puteri UMNO, dengan dianggotai oleh 20 orang Jawatankuasa Penaja. Tujuh orang daripadanya dilantik oleh ahli Majlis Tertinggi manakala 13 orang yang lain dipilih melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri. 

27 Julai 2001 
Sekretariat bebas ditubuhkan bagi meneliti rayuan ahli-ahli UMNO berkaitan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sekretariat panel rayuan ini diketuai oleh Datuk Mohd. Zuki Kamaluddin. 

10 Mei 2002 
Majlis Tertinggi UMNO bersetuju supaya Ketua Puteri UMNO diiktiraf sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO setaraf dengan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda kerana mereka juga adalah sebagai sayap UMNO. 

22 Jun 2002 
Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas diadakan bagi: i - membincangkan pengumuman Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan serta mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berikutan pengumuman perletakan jawatan tersebut. ii - bersetuju meminta semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri supaya memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai senario sebenar dan menyetujui bahawa Dato’ Seri Dr. Mahathir akan kekal memegang semua jawatan seperti biasa. 

25 Jun 2002 
Majlis Tertinggi menghormati hasrat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada Oktober 2003 dan menyokong rancangan peralihan kuasa yang digariskan. 

3 Ogos 2003 
Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. 

31 Oktober 2003 
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, Perdana Menteri dan Bendahari UMNO. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyandang jawatan sebagai Pemangku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang kelima. 

21 Mac 2004
Pilihan raya umum ke-11. UMNO memenangi 199 kerusi Parlimen daripada 219 kerusi yang dipertandingkan. Ia adalah pencapaian paling cemerlang Barisan Nasional dalam sejarah pilihan raya. 

16 September 2004 
Majlis Tertinggi sebulat suara bersetuju menutup pintu terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang usaha untuk membawanya kembali ke dalam parti. 

23 September 2004 
Perhimpunan Agung UMNO 2004 memilih Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Presiden. 3 

Disember 2004 
Majlis Tertinggi menolak cadangan untuk menubuhkan Pergerakan Veteran UMNO sebagai sayap baru parti tetapi bersetuju supaya ia hanya berbentuk Kelab Veteran UMNO bagi membolehkan golongan tersebut terus menyumbang kepada parti 

5 Februari 2005 
Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menetapkan sasaran membentuk personaliti ‘Melayu Unggul’ (Towering Malays) dalam Majlis Amanat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC. 

25 Mac 2005 
Majlis Tertinggi meluluskan penubuhan Putera UMNO sebagai satu gerakan baru Pemuda ke arah memantapkan lagi perjuangan parti dan ia lebih bersifat kepada aktiviti sosial. 

11 Mei 2005 
Presiden UMNO Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan 11 Mei sebagai ‘Hari UMNO’ dan dalam majlis yang sama Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Ismail dipilih sebagai penerima anugerah Melayu Terbilang. 

19 Jun 2005 
Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi merasmikan penubuhan Putera UMNO, di Stadium Hang Tuah, Melaka. 21 Januari 2006 Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melancarkan kempen penambahan ahli baru yang dinamakan ‘Keluargaku Ahli UMNO’ di Dewan Merdeka, PWTC. Kempen ini mensasarkan peningkatan bilangan ahli sebanyak 10 peratus atau 330,000 anggota baru menjelang pertengahan tahun 2006 dengan menekankan kualiti ahli dan menggunakan kekuatan hubungan kekeluargaan ahli UMNO sendiri. 

23 April 2006 
Mantan Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Ghafar Baba kembali ke rahmatullah dalam usia 81 tahun di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Allahyarham mengabdikan hampir seluruh hidupnya dalam perjuangan politik tanah air termasuk menentang perjuangan menuntut kemerdekaan sekitar tahun 1940-an. Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

LATARBELAKANG

Peperangan dunia kedua tamat secara tiba-tiba bila Jepun menyerahkanlah selepas bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 8 Ogos 1945.

Penguasaan semula Semenanjung Tanah Melayu oleh bala tentera British berlaku pada 5 September 1945. Laksamana Earl Mountbatten sebagai panglima agung bagi kawasan Asia Tenggara telah mengiystiharkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration – BMA) yang menjalankan semua kuasa pemerintahan.

Di beberapa negeri Malayu, pengiktirafan Sultan ditangguhkan oleh BMA dan ada pula Sultan yang terus disingkirkan. Kerajaan British sebenarnya mempunyai muslihat untuk menjadi seluruh semenanjung sebagai jajahan takluk yang perancangannya bermula semenjak 1943.

Pada 10 Oktober 1945 kertas putih berkenaan cadangan menjadi semenanjung Tanah Melayu sebagai koloni telah diumumkan di Parlimen British. Keesokan harinya, wakil khas Kerajaan British, Sir Harold MacMicheal tiba di Pelabuhan Swettenham untuk mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu menyerahkan kuasa pemerintahan negeri masing-masing kepada Kerajaan British.

Secara tipu helah dan ugutan halus, MacMicheal dalam tempoh yang singkat, berjaya mamperdayakan Sultan-sultan menyerahkan kuasa dengan menandatangani Triti Baru.

Apabila orang-orang Melayu menyedari tindakan British itu, mereka telah membantah sekeras-kerasnya. Akhbar-akhbar Melayu turut bersuara dengan lantang membangkang hasrat Kerajaan British.

PERJUANGAN BURUH

Semangat penubuhan UMNO pada 1946, turut membawa kesedaran di kalangan masyarakat Melayu dalam bidang sosio-ekonomi khususnya yang berkaitan dengan pemburuhan. Berdasarkan Laporan Tahunan Jabatan Buruh tahun 1947, senario peralihan masyarakat Melayu melepasi ekonomi berbentuk tradisional dan menyertai aktiviti ekonomi berupah mula ketara. Keadaan itu jelas, ekoran peningkatan mendadak dalam bilangan pekerja Melayu berupah pada tahun 1947 lebih 78,000 orang berbanding hanya 25,896 orang pada 1938.

Selepas kemerdekaan, peranan UMNO terus terserlah membawa kemajuan dalam pelbagai segi pertambahan bilangan kakitangan Melayu dalam perkhidmatan awam, meningkatkan taraf hidup pekerja dan menjaga kepentingan menerusi lunas perundangan.

Pada tahun 1946 dan 1947, masing-masing bilangan pekerja Melayu dalam sektor kerajaan ialah 13,179 dan 17,247 orang. Jumlah itu dianggap rendah berbanding dengan kaum lain terutamanya kaum India yang bilangannya 26,038 dan 31,366 orang masing-masing pada tempoh yang sama.

Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (CEB) pada tahun 1970 bilangan pekerja Bumiputera di bidang perniagaan borong dan runcit, kewangan dan perkhidmatan kerajaan meningkat daripada 312,400 orang pada tahun 1970 kepada 1,219,800 orang dua dekad kemudian walaupun sasaran awal hanya 1,046,800 orang.

Pada tahun 1970, kadar pengangguran adalah 8 peratus tetapi ia menurun sehingga 6.5 peratus pada 1980, 5.1 peratus (1990) dan sekitar 2.8 peratus pada tahun 1995 manakala dalam tempoh yang sama jumlah tenaga kerja bertambah secara berperingkat-peringkat dari 3.3 juta orang (1970), 5.1 juta (1980), 6.7 juta (1990) dan 7.1 juta orang (1995).

Dari satu situasi sukar untuk mendapatkan pekerjaan pada pertengahan 1980an yang membawa kerajaan mengamalkan skim pekerjaan sementara selama enam bulan kepada lepasan universiti dengan gaji RM 600.00 sebulan, kini negara mengalami kekurangan tenaga kerja dan membuka pintu kepada pekerja-pekerja asing.

Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), proses menyusun semula gunatenaga terus dipegiatkan dengan memberi keutamaan ke atas lima bidang. Dasar Buruh Negara diperkenalkan bagi mempercepatkan pertubuhan ekonomi dan mempertingkatkan mutu kehidupan pekerja negara ini.

Malaysia diterima sebagai anggota ke-79 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada 1957, sebaik sahaja mencapai kemerdekaan.

Selaras dengan kedudukan itu, Malaysia telah menerima pakai dan mengiktiraf konvensyen-konvensyen ILO dari masa ke semasa. Adakalanya Malaysia juga mempunyai pandangan berbeza dan tidak mempersetujui sesetengah keputusan badan itu, antaranya tindakan mengaitkan fasal sosial dengan perdagangan.
Walaupun sehingga tahun lalu hanya 12 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja menganggotai kesatuan sekerja, kerajaan bertanggungjawab menjaga kepentingan semua pekerja negara ini menerusi penguatkuasaan sebanyak 20 undang-undang.

Menyentuh tentang pembangunan sumber manusia, sektor awam merupakan tunggak menentukan kemajuan negara dengan kini bilangannya dalam lingkungan 831,049 orang (tahun 1995).

Pembaharuan awal dalam perkhidmatan awam telah dilakukan pada tahun 1948 dengan penubuhan Bahagian Organisasi dan Kaedah (O&M) di Perbendaharaan yang bertujuan untuk mengkaji cara bekerja dan mengesyorkan perubahan-perubahan pentadbiran.

Perubahan ke atas perkhidmatan semakan drastik mulai tahun 1965. Selaras dengan matlamat DEB, program pembaharuan pentadbiran terus diberi perhatian dengan penubuhan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 1977.

Undang-undang dan peraturan adalah sendi masyarakat. Sejak zaman berzaman masyarakat Melayu bergerak dalam lingkungan undang-undang, mahupun secara adat atau bertulis.

Hukuman adat yang dipakai Adat Perpateh dan Adat Temenggung. Selepas Islam berkembang di rantau ini, maka Hukum Syara’ menjadi sendi utama masyarakat Melayu.

Pada zaman itu ramai cendikiawan mahir dalam bahasa Arab dan kitab Burr Manzun telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Buku-buku figh, khususnya berkenaan mazhab Shafie, karya al-Ghazali 91059-1111, al-Syirazi (1233-1277), al-Asnawi (1305-1370) dan al-Subki (1326-1459) beredar di Mekah dan negeri-negari lain.

Dalam abad ke-15, hadis yang di kumpul dan disusun oleh ulamak-ulamak Islam terkenal seperti Bukhari (810-870) Muslim (817-865), Tirmizi (824-893) dan al-Nasa’I (915) juga mendapat sebaran yang luas di rantau ini.

Kitab Fikh pertama dalam bahasa Melayu telah ditulis oleh seorang ulamak Aceh, Nur al-Din Al-Ranriri pada tahun 1635 dan judulnya ialah kitab Sirat al-Mustaqim. Pada tahun 1661, Shekih abdul Rauf Pansuri atas kehendak Sultanah Safiah al-Din dari Aceh telah menulis sebuah lagi kitab figh berjudul Mir’al-Tullah. Kitab Sabilul Muhtadin pula ditulis oleh Sheikh Arshad al-Banjari pada tahun 1784.

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fattani menulis tiga buah buku iaitu Bughya al-Tullah, Nahju al-Raghibin dan al-Saidu Wa Zabaih. Kesemua buku-buku fiqh ini tidak menyentuh kitab Matla’u al-Hadrain yang ditulis pada 1892 oleh ulamak Sheikh Muhammad Islam dari Pattani.

Dua buku undang-undang Melayu yang terkenal pada zaman kegemilangan Melaka adalah Hukuman Melayu Melaka dan Undang-undang Laut.

Semasa penjajahan British, undang-undang bertulis diperkenalkan dalam bentuk Enakmen dan Ordinan.

Dalam usaha menuntut kemerdekaan, UMNO menentukan supaya diadakan Perlembagaan bertulis dan apabila negara merdeka pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi undang-undang utama dan dijelaskan juga bahawa apa undang-undang yang diluluskan selepas kemerdekaan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal.

Kuasa membuat undang-undang adalah di tangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Persekutuan dan di tangan Dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri.

Pentadbiran keadilan pula dikelolai oleh Mahkamah yang mempunyai beberapa peringkat. Umumnya, pentadbiran keadilan adalah bebas dari gangguan eksekutif dan kebebasan hakim juga dijamin Perlembagaan Persekutuan.

PERJUANGAN KESIHATAN

UMNO, sebagai pelopor yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air sehingga berjaya, memang prihatin terhadap isi kemerdekaan, khususnya kesihatan dan kesejahteraan rakyatnya.

Kesihatan dan kesejahteraan rakyat bermula dari rahim ibu hingga liang lahad.

Sebelum negara merdeka, jumlah bayi yang mati semasa dan selepas dilahirkan adalah tinggi sebabkan tiada layanan dan rawatan yang berkesan disediakan khususnya bagi penduduk luar bandar. Rawatan yang terbuka untuk penghuni bandar pun terhad. Begitu juga dengan kemudahan khidmat doktor dan doktor pakar yang jumlahnya terlalu kecil jika dilihat dari nisbah penduduk negara.

Usaha memberi rawatan dan layanan yang terbaik dan profesional kepada pesakit telah dilakukan oleh Kerajaan yang diterajui oleh UMNO semenjak hari pertama negara merdeka. Usaha membanyakkan klinik desa, pusat bidan, hospital, hospital pakar, pusat latihan, sekolah perubatan dan lain-lain berkenaan kesihatan dilakukan dengan giat tahun demi tahun. Peruntukan yang besar telah disediakan dalam setiap Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi kemudahan dan khidmat kesihatan dan peubatan.

PERJUANGAN PERTAHANAN

Bagi sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat, pertahanan adalah agenda penting. Di zaman empayar Melaka, Sultan memerintah dan dibantu oleh Bendahara, Temenggung, Laksamana, Syahbandar dan petugas lain.

Kesultanan Melaka juga mengadakan hubungan dan kerjasama dengan empayar China pada 1403 bertujuan menyekat serangan dari kerajaan Siam. Apabila penjajahan Portugis, Belanda dan British menakluki negeri-negeri Melayu, semua peranan pegawai istana seperti Bendahara, Temunggung dan Laksamana dihapuskan. Penjajah mempunyai bala tenteranya sendiri termasuk askar upahan dari negeri jajahannya yang lain.

Semasa pemerintahan British, sudah ada orang-orang Melayu yang menimbulkan semangat patriotisme dan menuntut kemerdekaan dan golongan ini diburu dan ditindas.

Pertahanan Tanah Melayu di zaman penjajahan British dikelolai oleh Britain dan ramai anak-anak Melayu turut serta dalam Regimen Askar Melayu, Regiman Persekutuan, Polis Polis Khas, Pasukan Kawalan Kampung, dan lain lain. Kecermelangan Regimen Askar Melayu terbukti semasa perang dunia kedua dan juga semasa Darurat (1948-1960). Pasukan Polis juga memainkan peranan penting menjaga keamanan dalam negeri.

Selepas tanah air mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, semua tugas pertahanan dikelolai dan dilakukan Kerajaan melalui Kementerian pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Dalam perkara yang menguntungkan negara, Kerajaan mengadakan perjanjian pertahanan seperti Persetujuan Pertahanan Anglo-Malayan dan kemudiannya kerjasama pertahanan bersama lima negara.

Semenjak merdeka, negara telah mengembangkan keupayaan dan kecekapan angkatan bersenjatanya yang dilengkapkan dengan senjata canggih dan moden sejajar dengan keperluan negara. Peranan tentera darat, laut, udara, wataniah, polis dan penjaga keamanan yang lain menjadi kebanggaan bangsa dan negara.

Selain daripada peranannya dalam negeri, angkatan bersenjata Malaysia dan Polis Diraja Malaysia turut serta dalam tugas keamanan yang dilakukan di bawah panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu.

PERJUANGAN ANTARABANGSA

UMNO berjaya memerdakakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan membolehkan Negara menyertai “keluarga negara bangsa” di pentas dunia sebagai sebuah Negara yang bebas dan berdaulat. Mulai detik itu, hal ehwal Tanah Melayu tidak lagi tertakluk kepada apa yang diputuskan oleh London.

Kita bebas mengamalkan dasar luar sendiri yang bertujuan untuk menjaga kepentingan nasional dan melindungi kedaulatan dan keluhuran wilayah kita serta menjaga keselamatan, kebajikan warga dan kemakmuran ekonomi. Sejajar dengan iklim antarabangsa yang agak bergelora dengan badai perang dingin sewaktu itu, kita mengambil daya usaha untuk memperbanyakkan sahabat dan mengurangkan musuh di mana boleh. Ini dilakukan dengan menjalin hubungan diplomatic dengan Negara-negara lain, yang juga bebas dan berdaulat, yang mahu bersahabat dengan kita.

Dari segi pertahanan, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai perjanjian keselamatan dengan United Kingdom, melalui Anglo-Malayan Defence Agreement (AMDA) yang kemudiannya digantikan dengan Five Power Defence Arrangement.

Selain menganjurkan dasar hidup aman damai secara bersama, kita juga berpegang pada prinsip saling hormat menghormati kedaulatan dan keluruhan wilayah sesebuah negara. Di bawah pimpinan UMNO juga, Persekutuan Tanah Melayu memutuskan bahawa setiap Negara bebas memilih ideology politik, system ekonomi dan social mereka sendiri. Dengan erti kata lain, tidak ada kuasa berhak memaksa nilai hidup mereka ke atas negara-negara lain.

Sekalipun antara 1957 hingga 1996, UMNO sudah bertukar pemimpin sebanyak empat kali – daripada Tunku Abdul Rahman ke Tun Abdul Razak, kemudian Tun Hussein Onn den selepas itu Dr. Mahathir Mohamad, pegangan asasi yang menjadi paksi bagi kita berinteraksi dengan Negara-negara lain telah dipertahankan. Dasar luar sebagai sebahagian dasar nasional telah digerakkan untuk merealisasikan cita-cita Negara di pentas dunia dan forum-forum antarabangsa.

Kemunculan Persekutuan Tanah Melayu sebagai aktor antarabangsa bermula dengan penerimaannya sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat secara sebulat suara pada 1957. Kita juga turut menganggotai pelbagai pertubuhan antarabangsa yang lain. Melalui badan dunia itu, pandangan kita tentang hal ehwal antarabangsa telah diketengahkan, baik melalui Perhimpunan Agung yang mengadakan persidangan setahun sekali, atau melalui Majlis Keselamatan, sebuah lagi organ PBB yang dianggotai oleh 15 buah negara – lima anggota tetap yang terdiri daripada Amerika Syarikat, soviet Union (sekarang Rusia), United Kingdom, Perancis dan China dan 10 buah negara anggota tidak tetap yang dipilih setiap dua tahun sekali berdasarkan agihan wilayah. Persekutuan Tanah Melayu juga diterima menjadi anggota badan – badan khusus PBB seperti UNESCO, UNICEF, ILO, WHO, UNHCR dan lain – lain. Kita juga diterima untuk menyertai institusi ekonomi dan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Di peringkat pelbagai rantau, Persekutuan Tanah Melayu antara lain diterima menjadi ahli Komanwel, Persidangan Negara – negara Islam (OIC), Pergerakan Berkecuali, G77.

Di kawasan Asia Tenggara pula, Persekutuan Tanah Melayu memainkan peranan yang proaktif dalam menganjurkan kerjasama serantau. Pada Januari 1959, pembentukan SEAFET (Southeast Asia Friendship and Economic Treaty) telah diumumkan ekoran rundingan antara Tunku Abdul Rahman dengan Presiden Garcia dari Filipina, Indonesia, Kerajaan Thai, Kemboja, Laos, Vietnam Selatan dan Burma telah diundang menyertainya. Kerajaan Thai dan Vietnam Selatan mengalu – alukan kehadiran SEAFET tetapi Indonesia menolak atas alasan bahawa dua negara anggota iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Filipina mempunyai hubungan pertahanan dengan kuasa penjajah. Filipina menganggotai SEATO manakala Persekutuan Tanah Melayu memiliki pakatan pertahanan dengan Britain melalui AMDA. Akibatnya, SEAFET tidak dapat bertahan lama. Lepas itu, Persekutuan Tanah Melayu bersama Negara Thai dan Filipina mengasaskan ASAS (Association of South East Asia States) yang kemudian menjadi ASA (Association of Southeast Asia) pada Julai 1960.

ASA juga berkubur ekoran pergeseran antara Filipina dan Persekutuan Tanah Melayu mengenai penubuhan Malaysia.

Usaha untuk menubuhkan MAPHILINDO yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia juga gagal kerana tercetusnya konfrantasi Malaysia – Indonesia. Setelah konfrantasi tamat, Malaysia sekali lagi memainkan peranan penting dalam penubuhan Persatuan Negara – negara Asia Tenggara atau ASEAN – sebuah pertubuhan serantau yang bukan saja dapat bertahan sehingga kini, tetapi menambah keanggotaannya daripada 5 kepada 7. Di bawah pimpinan UMNO, Malaysia juga memainkan peranan utama menjadikan Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan aman, bebas dan berkecuali di bawah gagasan ZOPFAN dan berusaha untuk menjadikan rantau ini sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.

Sejajar dengan kepentingan nasional – politik, ekonomi, keselamatan dan lain – lain, serta perubahan dalam iklim antarabangsa sejak 1945 yang melalui era perang dingin, détente dan berkuburnya sistem komunisme sebagai satu sistem pemerintahan dan kini era pasea – kapitalis, interaksi Malaysia dengan negara – negara luar yang lain turut mengalami perubahan dari segi orientasi dan pendekatan. Dasar luar Persekutuan Tanah Melayu yang agak pro Barat dan anti komunis di bawah Tunku Abdul Rahman, bertukar menjadi berkecuali di bawah presiden UMNO yang ketiga, Tun Abdul Razak Hussein. Di bawah pimpinan Tun Hussein, tidak ada perubahan radikal dalam pendekatan dasar luar.

Bagaimanapun di bawah pimpinan presiden UMNO yang kelima, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, orientasi dasar luar negara telah dirombak secara besar – besaran. Sekalipun kecil, Malaysia telah memainkan peranan yang proaktif dalam hal ehwal dunia. Benar, pada mula mengabilalih pimpin negara pada Julai 1981, Dr. Mahathir menjelaskan bahawa keutamaan dasar luar negara dalam berinteraksi dengan unit – unit politik antarabangsa lain tidak berubah. ASEAN berada ditangga pertama, diikuti oleh OIC ditempat kedua; ketiga, negara – negara berkecuali; keempat, Komanwel dan akhir sekali hubungan dengan negara – negara lain yang tidak termasuk dalam empat pertubuhan itu.

Secara berperingkat – peringkat, Dr. Mahathir kemudiannya telah membebaskan dirinya daripada ikatan empat keutamaan itu dengan mengambil pendekatan yang lebih global terutama dalam menegakkan keadilan bagi dunia membangun.

Beliau mengambil daya usaha untuk menubuhkan organisasi antarabangsa pelbagai rantau. Pada mulanya, negara – negara Selatan menjadi fokus sehingga tertubuhnya Kumpulan 15 (G 15) yang dianggotai oleh 15 buah negara utama Selatan. Malaysia bukan sahaja mempelopori G 15, tetapi menjadi penggerak kepada penubuhan beberapa agansi Selatan yang lain seperti SITDEC. Selepas itu, perhatian diberikan kepada Asia Timur pula. Dr. Mahathir pada mulanya mencadangkan penubuhan East Asia Economic Group (EAEG) yang bertujuan untuk menyatukan negara – negara Asia Timur di bawah satu gabungan longgar menyamai kumpulan – kumpulan ekonomi pelbagai rantau di kawasan lain. EAEG akhirnya menjadi EAEC (East Asia Economic Caucus) yang sekarang ini dalam proses untuk menjadi kenyataan.

Kecuali Jepun, negara – negara Asia Timur yang lain menyatakan sokongan positif terhadap penubuhan EAEC yang tidak bertujuan untuk menjadi satu blok ekonomi seperti NAFTA atau EU. Pada waktu yang sama, Malaysia tidak menolak untuk menganggotai pertubuhan serantau baru yang didayausahakan oleh pihak lain.

Walaupun Malaysia adalah sebuah negara kecil, tetapi ia tetap memainkan peranannya dalam menjaga keamanan antarabangsa. Melalui panji – panji PBB, askar – askar dan polis negara berkhidmat dengan pasukan keamanan badan dunia di segenap pelusuk dunia yang bergolak dan berkonflik.

Dalam arena antarabangsa, Malaysia telah diberi pelbagai penghormatan. Pada 1987, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden Persidangan Dadah Antarabangsa di Geneva, Switzerland anjuran ICDAIT. Bagi penggal salama dua tahun 1989 – 1990, Malaysia dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan G77 di Bangsa – bangsa Bersatu. Pada 1988 – 1989, Malaysia terpilih untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB. Wakil Malaysia, Tan Sri Musa Hitam telah dilantik untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB manakala seorang hakim negara, Datuk Wira Lal Chan Vohrah, diberi penghormatan untuk menjadi hakim Tribunal Jenayah Perang bekas Yugoslavia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague, Belgrade.

Di samping itu, negara juga diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah sebilangan persidangan antarabangsa bertaraf dunia, seperti Kemuncak Komanwel pada 1990. Malaysia juga buat pertama kalinya telah dipilih menjadi tuan rumah Sukan Komanwel XVI pada 1998.

Sesungguhnya di bawah pimpinan kerajaan yang diterajui UMNO, Malaysia telah berjaya meletakkan dirinya di satu tahap yang amat membanggakan di pentas dunia. Dari sebuah negara kecil yang tidak begitu dikenali, kita sekarang memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membentuk hal ehwal dunia pada umumnya dan dalam hal ehwal negara membangun khususnya. Malaysia tidak lagi menjadi anggota masyarakat antarabangsa yang pasif, tetapi proaktif